Rabu, 25 Julai 2012

si Gadis Novel

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,,Sedar tak sedar dah nak masuk seminggu kita menjalani ibadah puasa..begitu pantas masa berlalu dan dalam masa itu jugakla secara langsung jadual harianku berubah biasa la, kalau selalu tiap tengah hari je makan dan begitu jgk dengan subuh kalau sebelum ini aku bangun solat subuh je tp bln puasa ni kena bangun makan sahur dan solat subuh..perubahan-perubahan..

Oleh sebab perubahan ini jugakla aku mula berjinak-jinak dengan NOVEL. Daripada membuang masa dengan tido (time cuti) lebih elok mengisi masa dengan membaca novel btl tak? tp yang sesungguhnya aku bukanla peminat tegar novel dan aku juga tidak akan mghabiskn duit semata-mata mahu membeli novel keluaran terbaru..novel-novel yang aku baca hanya pinjaman semata-mata,dh nmpk tak kedekutnya,,haha


Thanks Perpustakaan Kuala Lumpur coz telah meminjamkan aku novel-novelmu..tp yg buat tak tahan punya kedekut kad ahli PKL pinjam ngan MrH..nk buat kad ahli sendiri pun b'kira padahal daftar jadi ahli jst bayar rm10.00 je..haha,,,Gambar yang buruk ni snap time nk balik dh dan tuk pengetahuan u all cehh!! time ni jgk aku bru lepas intview(tpt rahsia) abis je intview terus menghabiskn masa kat PKL..hihi 


Bacaan bermula dengan novel SETEGUH CINTA penulis Durrah Fatiha,niat memang nak pinjam sebuah buku je takut tak habis baca al maklumla hamba ni kan wanita b'kerjaya(yeala sgt) mana ada masa nk m'baca2 ni..lagi satu pantang tengok buku mesti mata layu nk tido..dh lama tinggal sekolah cam ni keadaannya ...tapi dalam kemalasanku,ketidaktentuan masa ku novel ini habis jugak aku khatam slama 3hari  3malam..hehe..terer kan..ceritanya bagi aku urm Ok..kpala hotak blh layan..


Sinopsis
Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.
Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi 'house husband'. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.
Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.
Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?


Smalam,pergi pulangkan novel Seteguh Cinta dan yang paling best MrH (empunya kad PKL) bagi kite pinjam dua buah buku..apelagi sesampi je di PKL tak toleh kiri kanan terus cari rak bahagia novel..mencari novel yg best2 and jiwang2..sambil itu bersantai dulu menikmati panorama dataran merdeka hampir-hampir terlelap pn ada time ni..huhu

 snap lagiii...
  


Dua buah novel yang telah d'tilik dan diamati sinopsis nya tuk di pinjam..jeng3x...novel JIKA BENAR CINTA hasil tulisan  Lynn Dayana...novel ni masih dalam proses pembacaan,malam tadi sambung ke subuh lepas sampai ke bab15...jom layan 
Sinopsis
Mengisahkan seorang gadis yang sentiasa malang bila bercinta dengan jejaka yang berjaya mencuit hatinya. Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyi terkenang-kenang.

Gila! Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka. Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.



Novel yang kedua..penulisnya Anis Ayyuni judul SERIBU KALI SAYANG, novel ni tak baca lagi..kena habiskn satu-satu bru dapat penghayatan btl tak?..hihi


Sinopsis
SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai? 

Sekian, Thanks for Reading.. :)
sory andai t'salah taip..hihi

0 ulasan:

Powered By Blogger