Jumaat, 14 Disember 2012

Harinya Semakin Tiba..


As Salam...

lamanya tak melakar entry..dah berhabuk blog ni..bydway apa kbr smua bloger2..hope sihat2 belaka la ek..skali lagi aku diberi kesempatan dan ruang tuk melakar entry yang ku rasakkan penting n penuh bermakna dalam kamus hidupku...urmm gedik la plak...pejam celik pejam celik akhirnya harinya semakin tiba...

Entry kali ni adalah satu rentetan dari entry2 yang lepas okey...langkah demi langkah tlah aku coretkan di entry yg lepas..n tuk makluman u all ek blog ni sunyi bukan sebab nak lari dari menyambung langkah seterusnya tp sebab kekangan masa yg tidak begitu mengizinkan..aku bz dengan kje bz dengan life and yang t'kini bz mengurus persiapan hari b'sejarahku..Walaupn sebenarnya smua persiapan tu diuruskan ole fmily aku kt kmpg..hihi

So far Alhamdulillah setakat ni persiapan 80% siap berkat mak dan smua fmily kt kmpg..thanks smua terutamanya tuk my mum, love u mum...urm  esok lusa dh fly blik kmpg.. tak sabarnya nak tgk kmpg..rindu giler-giler kt my cousin,my aunty n smau2la..hihi bkn tak sabar nk kwen tp tak sabar nk jumpa my big fmily..

kad kwin


Macam tak caye lak aku nk kwin dh..huhuhu..Semoga smua dipermudahkan oleNya..amin

list 80% persiapan..
  • Borang kahwin pihak lelaki ( lengkap )
  • kad kahwin ( siap n dah d edarkan )
  • pelamin ( dah tempah )
  • barang hantaran ( dh beli tp blum gubah lagi )
  • door gift ( dh beli tggl nk gubah )
  • ticket flight ( dh beli tggl nk fly jer )
  • lain-lain ( tggu me n MrH blik kmpg )


Thanks for reading.. :)






Jumaat, 19 Oktober 2012

Langkah ke 2

Part 2

As Salam...

entry kali ni kesinambungan dari entry yang lepas..HIV TEST.. Temujanji ataupun dalam omputihnya appointment sy dgn MrH 10/10/2012 lepas ( cantik je tarikh kan ) hihi ternyata membawa tuah..seperti yang sy ceritakan dalam entry lepas..result test dapat dalam tempoh sebulan kan..tp syukur Alhamdulillah test ktorg dapat dalam hanya beberapa minit.. :) t'kejut jugak bila doc tu cakap "ok dah boleh kawin" 
sy apa lagi mula la mengajukan soalan kemuskilan...

Aku : ni ke result nya ( sambil memegang kertas b'warna biru ) 
Doc  : yea.. ( senyum )
Aku : tapi bukan ke hari tu dorg cakap result kena tunggu sebulan??
Doc : yea memang result kena tunggu sebulan..tapi kat sini tak buat lagi sbb stok alat tuk test ada lagi..
         mybe pas ni kot.. ( senyum lgi )
Aku : Oo..ok trima kasih.


Keluar dan senyum jela...Alhamdulillah t'nyata di permudahkan oleh Nya...MrH siap awal tak sampai pn 30mnit and just kena cucuk kat jari tengah je..org ppuan ni lambat sikit byk bende nak check,ambik darah pas tu hantar pgi makmal,pgi bilik sana,pgi bilik sini and siap jawab soalan lagi...

Skali lagi kami b'nasib baik masa tu..sbb nya ada 3 pasangan je yang datang t'masukla kami buat test..so cepatla No Giliran d panggil...hihi


just share.. :)
dah dahhh...

Rabu, 26 September 2012

Langkah KeDua..

PART 1,

Assalamualaikum....

Apa khabar uols...harapnye sihat-sihat belaka la ek..ok entry kali ini nak cete pasal langkah kedua..langkah kedua?? bukan baby-baby yang nak belajar melangkah tu ek jangan salah...hehe okey Smalam saya and MrH pgi klinik buat appointment untuk buat ujian test HIV..hah nila langkah kedua yang saya maksudkan langkah pertama dah setel..pergi kursus khawin. hah untuk makluman pakcik,mcik,abg,akk,adik-adik dll 
mulai bulan 10/2012 result ujian kite boleh dapat seBULAN dari tarikh test..ni setahu saya la,sebab  smlm pergi dua klinik result memang kena tunggu sebulan...so kepada bakal-bakal pergila buat ujian awal-awal ek..

Ktorg kena hari rabu..so terpaksala saya tukar cuti nanti
ada lagi info...lupa nak habaq klinik yang saya pgi ni hanya buat ujian pada hari-hari t'tentu sahaja..satu lagi klinik yang saya pgi dia buat hari-hari ( tp pada waktu b'kerja sahaja) tapi maksimum 10org sehari..klinik-klinik lain tak pasti pulak... :) Ada lagi...info ini tuk area SELANGOR yea luar dari kwsan selangor saya kurang pasti pulak..



just info... :)


Isnin, 17 September 2012

Raya kami 2012

Assalamualaikum.. :)


  Lama sungguh aku b'rehat dari mengupdate blog yang tak seberapa ini..dan entry kali pn ni just nak kongsi kenangan time raya walaupun bulan syawal dah berakhir tp tak salah kan kite share..hihi...Raya tahun ni Best sangat-sangat sebab tahun ni sambut raya kat kampung..Yela kan 4tahun tak balik raya kat kampung..So excited giler-giler.. :)


Plan tak menjadi..

Masa balik kmpg bulan5 hari itu..ktorg adik-b'adik dah plan tahun ni tema colour kelabu..tp plan tak menjadi time raya smua colour warna warni..haha fmily akk saya no2 je mengikut perancangan awal warna kelabu,, :) yang lain smua kelaut..fmily akk no1 tema pink,adik merah,adik sorg lg hitam..and sya BIRU gitu..haha
taRRRaaaa...hihi

24jam...

lokasi pertama NIlai3..frst time shopping kain langsir,,al-maklumla tak pernah s'umur hidup aku shopping kain langsir so tak tahu murah ke mahal..bak kta p.ramlee hentam saja la labu..janji ada..oleh sebab dah last2 minit so aku ambik servis pilih-ukur-jahit pada hari yang sama jgk..
adik jdi model kain langsir..hehe

Lokasi kedua..KL... Oleh sebab tempahan kain langsir siap petang so ktorg pn OTW pgi KL nk cari baju raya plak..mak aiii smggu nk raya kl jgn ckp sesak giler,,org cam semut, dalam sesak tu sempat jgkla cari bju raya tuk mak and adik-adik..nk cari baju raya untuk kite skali tp tak sempat t'kejar-kajer nk pgi nilai balik ambik tempahan kain langsir..cam biasa la b'buka puasa dalam kete la jawabnya...sampai kat uma pukul8lbh t'kejar-kejar solat tarawih plak.


OTW Balik kampung...

Malam sebelum nk flight blik kmpg...ktorg pgi Jalan TAR lg kiranya shopping lastla..cari baju raya kite plak..hihi..
taraaa..
flight kul7pgi 17aug..kul2pgi dah otw gerak ke LCCT..takut sesak, smpi jer memang dah sesak pn..setel scan dan timbang barang dalam kul5pgi...makan sahur roti+air mineral jer terus solat subuh kt surau LLct ingatkan kt luar je sesak rupanya kat sarau pun sesak..pengalaman2.. :)

Sampai kmpg dalam kul5 singgah kt bazar ramadhan Lahad Datu beli makan buat bekal tuk buka puasa..pusing punya pusing cari makanan yg sedap-sedap t'jumpa makanan ni
ni agar-agar laut kilau..
sedap-sedap belaka..haha

Rayaaa...

Biasa pgi2 raya mak n akk2 sy sebuk kt dapur..kite plak bru nk t'hegih-hegih bangun mndi and pgi masjid.. blik dri msjid memang menjadi rutin tiap kali raya b'salaman,mntk maaf of cz pada mak dl..and ppagi raya memang tak sah kalau mata tak nangis..sedihhhh!!..

Lepas tu, makan,makan, and makan jerla kje..raya pertama dok kt uma jer jadi pelayan tetamu,basuh pinggan dll.. 
juadah yang sedap-sedap..

Masa tuk snap-snap pic raya..ingat nak snap gambar keluarga tp kaum Adam ktorg smua dah sebuk pgi b'raya..tggalla kaum-kaum Hawa..

Raya keDua...

Pagi raya kedua kje aku cam biasa la bangun lambat..bangun jer adik ajak pergi b'raya tp time tu kemalasan sangat-sangatla mengusai diri..adik pujuk juga last-last ikut jugaklaa bila lagi kan nak pergi b'raya..raya setahun sekali jer..

Adik yang ajak so of cz la pgi b'raya kat rumah member2 dia tp dapat pgi 1 rumah ...lepas tu pgi rumah member2 akk dia sampaila ke petang..tersasar lagi dari plan asal..haha..adik pun flow jer..
with my best fren..

thanks sangat-sangat pada empunya kete -kwn adik.(ank panah >>). sbb flow ktorg pgi b'raya and jadi pelakon yang t'baik..hahaha

Thanks for Reading.. :)














Rabu, 25 Julai 2012

si Gadis Novel

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,,Sedar tak sedar dah nak masuk seminggu kita menjalani ibadah puasa..begitu pantas masa berlalu dan dalam masa itu jugakla secara langsung jadual harianku berubah biasa la, kalau selalu tiap tengah hari je makan dan begitu jgk dengan subuh kalau sebelum ini aku bangun solat subuh je tp bln puasa ni kena bangun makan sahur dan solat subuh..perubahan-perubahan..

Oleh sebab perubahan ini jugakla aku mula berjinak-jinak dengan NOVEL. Daripada membuang masa dengan tido (time cuti) lebih elok mengisi masa dengan membaca novel btl tak? tp yang sesungguhnya aku bukanla peminat tegar novel dan aku juga tidak akan mghabiskn duit semata-mata mahu membeli novel keluaran terbaru..novel-novel yang aku baca hanya pinjaman semata-mata,dh nmpk tak kedekutnya,,haha


Thanks Perpustakaan Kuala Lumpur coz telah meminjamkan aku novel-novelmu..tp yg buat tak tahan punya kedekut kad ahli PKL pinjam ngan MrH..nk buat kad ahli sendiri pun b'kira padahal daftar jadi ahli jst bayar rm10.00 je..haha,,,Gambar yang buruk ni snap time nk balik dh dan tuk pengetahuan u all cehh!! time ni jgk aku bru lepas intview(tpt rahsia) abis je intview terus menghabiskn masa kat PKL..hihi 


Bacaan bermula dengan novel SETEGUH CINTA penulis Durrah Fatiha,niat memang nak pinjam sebuah buku je takut tak habis baca al maklumla hamba ni kan wanita b'kerjaya(yeala sgt) mana ada masa nk m'baca2 ni..lagi satu pantang tengok buku mesti mata layu nk tido..dh lama tinggal sekolah cam ni keadaannya ...tapi dalam kemalasanku,ketidaktentuan masa ku novel ini habis jugak aku khatam slama 3hari  3malam..hehe..terer kan..ceritanya bagi aku urm Ok..kpala hotak blh layan..


Sinopsis
Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.
Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi 'house husband'. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.
Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.
Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?


Smalam,pergi pulangkan novel Seteguh Cinta dan yang paling best MrH (empunya kad PKL) bagi kite pinjam dua buah buku..apelagi sesampi je di PKL tak toleh kiri kanan terus cari rak bahagia novel..mencari novel yg best2 and jiwang2..sambil itu bersantai dulu menikmati panorama dataran merdeka hampir-hampir terlelap pn ada time ni..huhu

 snap lagiii...
  


Dua buah novel yang telah d'tilik dan diamati sinopsis nya tuk di pinjam..jeng3x...novel JIKA BENAR CINTA hasil tulisan  Lynn Dayana...novel ni masih dalam proses pembacaan,malam tadi sambung ke subuh lepas sampai ke bab15...jom layan 
Sinopsis
Mengisahkan seorang gadis yang sentiasa malang bila bercinta dengan jejaka yang berjaya mencuit hatinya. Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyi terkenang-kenang.

Gila! Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka. Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.



Novel yang kedua..penulisnya Anis Ayyuni judul SERIBU KALI SAYANG, novel ni tak baca lagi..kena habiskn satu-satu bru dapat penghayatan btl tak?..hihi


Sinopsis
SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai? 

Sekian, Thanks for Reading.. :)
sory andai t'salah taip..hihi

Jumaat, 20 Julai 2012

Kisah Ku Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Begitu pantas masa berlalu,esok kita akan melangkah ke bulan yg penuh rahmat iaitu bulan RAMADHAN..Seperti tahun-tahun sebelumnya aku menjalani ibadat puasa di perantauan..so tak adalah semeriah bulan puasa kat kampung,,ingat lg ada satu malam tu (ni masa jd budak hingusan lg taw)..time tu balik dari solat tarawih,masjid dgn rumah takdela jauh sgt tp memang kena lalu kawasan kebun bila dah nak dekat kwsn kebun tu mula la pasang gear,sendal tak berada kat kaki tp b'ada kt tangan..haha,hah hambik ko takut punya pasal.....waa! tiba-tiba aku rasa rindu plak kat kampung..hihi


Tu kisah kat kampung..now now now...kite cter kisah b'puasa di perantauan,bkn b'raya di perantauan ek..hihi
b'puasa di perantauan bagi ku biasa-biasa saja..makan sahur sorg-sorg,and b'buka pulak kadang2 berdua,kadang-kadang ber3
tp yang paling best bazar ramadhan..kalaula anda berniaga kat bazar ramadhan dekat area taman aku ni memang kompom kome2x akn nampak muka aku je hari-hari..well aku ni bujang so dlm kpala otak fikir mkn aku jela,simple kn tak payah nk pening-peningkn kpala fikirkn tekak org, nak msk apa,nk bt apa,nk beli apa..tu la kelebihan org bujang..hihi


Dah pasal bazar ramadhan...And malam ni start smbyg tarawih, yang paling best kn surau betul-betul kat bawa rumah aku..tak payah nak jalan jauh2..jst turun beberapa anak tangga je jumpa surau..so pesanan kepadaku dan jiran-jiranku..rajin-rajinkan la turun ke surau ek..ala sebulan je peluang kite nak kumpul pahala d bulan ramadhan ni..so jom b'solat tarawih dan menambahkn ibadat..hihi

thanks for reading.. :)

Ahad, 1 Julai 2012

KL ToWer.. :)

KL TOWER??? why kl tower...ha nk thu jomm BACA..tp sblm tu
Assalamualikum... :)
cetenya cam ni...kisah ini bermula apabila Ainu mgajak aku pgi intview kt satu tpt(nama tpt tu di rahsiakn)  tp di area KL la ..Ainu?? Ainu ni kwn satu ofice ore klate jah, tp masa aku taip entry ni dia dh b'henti kje Almaklumla org dh kwin ni susah sikit kena mgikut suami btl x ain (abis law dia bc)..hihi..hokey kte sambung..Smggu jgkla ktorg plan nk pgi ni..siap tgk peta coz tak thu tpt and jalan,lgi2 kt KL mmg xthu lgsung so hari khamis lepas tawakal jgk la pgi naik trsport awan..jeng3x..Akhirnya smpi jgk ke tpt yg d'tuju sesat sikit2 tu adalah..tp thanks pd org2 yg mjadi kaunter pertanyaan ek..kmi xlupa jasa korg..cehh..hihi

Sesampainya di tpt yg di tuju..jenuh jgkla nk menunggu ssorg(bos kt situ)..biasala bos kalau tak metting bkn bos namanya..dari pukul8 smpi ke pukul9 and smpi ke pukul10 tak habis2 metting lg..last2 
aku : urmm apa kta kita tinggal resume je..ni  tak thu smpi pukul brapa nk habis metting ni..perut aku dh lapar ni..dri td  tak mkn apa-apa..
ainu : urrmmmmm...okla..kta tggl resume..

Kluar je dari tpt tu...ah!!..kl tower kt depan ni je..aku : jom jln,bla lgi nk smpi sini kn?( aku mmg kali hasut).haha.. apa lg kmi dengan lengang lengoknya menuju ke kl tower time ni dh tak fikir lapar..janji dpt smpi ke kl tower..ktorg pn snap2 gmbr konon nk bt kenangan pas ni xjumpa dh
ni kt dlm kl tower..aku n ainu..

ni plak kt pintu msuk..tgk kiri kanan xde org..ain jom tangkap gmbr(nk malu2 la tu konon)..hihi

ni ain..jd mangsa keadaan cameraGirl..aku asyik snap muka dia je..haha


aku lg..


ain lg..


b'posing time panas2..hihi sanggup TUuu..hahaha


bt2 muka ayu,,ee myampah!! mak jemah..haha
yg bwh ni edit sikit
edit...huhuhu


hahaha..jgn u all pelik lak..ish asyik gmbr dorg je...hihi..sbb mmg hanya kmi b'dua  je yg pgi..
so ko snap aku aku snap ko..hehehe..k la tu jela tuk entry ari ni..
di akhiri dgn Wsalam...hihi




Isnin, 25 Jun 2012

PreMarriage Class..

As Salam...


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..tanda syukur ku panjatkn buat Maha PenciptaKu kerana  tlah permudahkn urusanku dan berjalan dengan baik...walaupn ada sedikit rasa kesal namun berkat kesabaran akhirnya tamat juga kursus yg tlah aku jalani slama dua hari,sijil di tangan ku rasakn b'bayar smua kesabaran yg ku lalui dua hari lepas..Menjalani Kursus Pra Perkhawinan adalah satu langkah kecil tuk aku melangkah ke alam perkahwinan ataupn lbh tepat melangkah ke alam hidup berdia..
hidup berdua?? dengan siapa??....persoalan yg mungkin tidak ada jwpannya kerna yg mengaturkn smua adalah DIA..kta hanya manusia biasa yg hanya mampu merancang dengan siapa kta akan b'kwn,bcinta,b'tunang..dan b'kahwin namun yg mementukkn hanya DIA..
Dua Hari adalah satu pengalaman yg cukup2 memberi makna bt diri ku..walaupn hanya datang duduk dan memasang telinga tp perisian dlm setiap slot memberi kesan yg amat mendalam pd ku dan ilmu yg d curahkn 
sgt2 bermakna.. <3 <3




Khamis, 14 Jun 2012

edit... :)

Assalamualaikum Smua..

haa..lma jgkla xjenguk2 blog ni..maklumla bizi gitu..ari ni 'guaa' nk bt entry kje edit gmbr plak..hihi
tgk org edit2 gmbr..ee sukenya lawa2 urmm "gua" pn ngan gatalnya nk bt jgk
mmg sronok gilerrr (syok sdiri) lawa2 cute2..hihi
nk tgk tak..na


lg..

n

ni je dl ek..

TAPI!!! msti korg akn ckp
"hek eleh cam ni je..bdk 5 thun pn blh buat"
gua xkisah la wei..blog gua suke ati gua la nk bubuh ape..
opsss...gurau2 je ek..
k la ...wsalam...

Khamis, 31 Mei 2012

Bosan-Bosan 2


halluuu.. :)
wah ari ni dh 31hb penghujung bulan5 yg rasanya byk meminggalkan kenangan manis dlm hidupku..ceh! btl u all dlm bln nila aku blik kmpg jumpe fmily yg paling ku syg kt dunia ni N dlm bln5 jgkla aku sambut bday ku yg ke dua puluh jeng jeng (biarla rahsia)....urmm esok dh bln6..ee bg2 pantas masa berlalu..

Entry ari ni eya kwn2 cam nk mgajar msak2 la plak..hihi, kite nk share pic tudung plak tp bkn tudung sebarang tudung,ni tudung tuk d pki pd hari bahgia korg t'msukla aku hihi (poyo je kn)..bak kta status FB aku " persiapan awl itu penting" ah kata-kata yg ada makna tu..tp tu tolak tepi dl sbb kte nk share pic tudung yg lawa-lawa ni...tp ni contoh je taw...korg msti thu kn aku cri kt mn pic2 ni smua..hihi 
mestilah kt MR Google kite..hihihi...ok layannnnn!








Selasa, 29 Mei 2012

Bosan-Bosan..

As Salam.. 

tuk yg nk thu n tuk org yg xnk thu yea.."cehwah kelas ko jah" haha.tpt kje cek ni law dh hujung2 bln cam ni..kje mkn gaji buta jela tp xdela smpi btl2 buta buat kje jgk tp xla bizi ssgt hihi..ole sebab aku dilanda kebosanan yg melampau tenet jela jdi peneman..bc blog2
bk fb n youtube,tonton,tagged dll..bla dh bosan ngan smua2 ni..ah mula la aku b'angan-angan
yg indah2 belaka..hehe..t'detik"ah nk tgk kasut kwin la"(gatal nk kwin kot..haha) so  srch kt google (google kn cam2 ada) wah lawa2 rambang mata d bt nya..korang nk tgk tak?? lawa2 taw
ni antara kasut2 yg cek b'kenan

cak!! cantik tak..ee b'kenan sgt!! (gedik la plak)
haha..
top 1.. ***** 


top 2
simple but nice

top 3
hampir sma ngan top 1
tp simple sikit
kite suke yg simple2 janji selesa
btl x..hihi


2jela bye3x.. :)


Jumaat, 18 Mei 2012

Mother's Day...

CakKK...hihi
cuti smggu di habiskn ngan pelbagai aktiviti..
salah 1 nya sambutan Mothers day... PN SAHIDAH
Sayang my MOM.. :) jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayatku..cehwah!! hihi


sayu je tgk pic my mom..time ni ktorg bt suprise
so fikiran my mum penuh ngan ????..hihi
LOVE MY MUM..

next..


kek ni di support sepenuhnya ole my sis..hihi

next


hah nila org yg d'maksudkn..( support beli kek )

next


hah ni..kje ktorg klik! klik! klik!

next


ank dara pn SAHIDAH..hehe
dri kiri Syrah, Me, Lyna , Tina
syg korg.. :)

next


hihi..penambahan ahli..
(kiri) 2 akk spupu ktorg tp ni bkn ank dara
tp dh jd mak org..hehe

next


jeng-jeng..
my big fmily tp ada lg yg x t'msuk..

next


hah antara sbahgian ank buah den
bdk nakal yg (peace) 2 my hero (fazly) bdk ni
 mmg giler Otamen n giler Angry birds..
dlm ramai2 ank buah syg cek lbh kt die..tp ank buah yg lain dont kecil ati
aunty syg korg jgk taw...:)

next
|
|
|
ada lg??


pic pntai je ek..tpt ktorg b'mandi manda
hihi
Powered By Blogger